RSS

Monday, June 11, 2012

SEMUANYA MULA.MULA, MULA







Kita seringkali mencari kebebasan
Sehingga kita terperangkap dalam langkah
Sedangkan kebebasan yang kita cari
Telah ada sebelum itu

Begitulah saya yang telah mengkhianati laman ini yang terus setia menanti tuannya menghias sesuatu. Alasan si tuan, terlalu sibuk dengan komitmennya. Mencari ruang baru untuk lebih bebas bersuara dan disambut ramai. Sehinggala tuannya bergelar peguam untuk petah berhujah, lalu mengubah selera menjadi editor, namun kebebasan yang dikejar kelihatan semakin sempit. Waktu inilah, laman yang tidak pernah merajuk ini, tanpa segan silu saya pujuk semula.
“ Aihh kawan, maafkan aku ya, janji ni, aku takkan tinggalkan kau lagi.”
Benarlah setiap apa yang kita lakukan tiada akhirnya, bahkan kita akan selalu memulakan dan terus memulakan. Kerana, berhenti melakukan sesuatu seringkali mudah namun mahu meneruskan ia adalah pertarungan hingga akhirnya kita akan selalu memulakan. Maka, dengan rasminya, lafaz Bismillah saya memulakan apa yang terhenti.
--------------------------------------------------------------------------------------
Hasad, syurga menolaknya
Tepung Talam Dua Muka
Cekap cepat bukan Lembap
Perfectly, Imperfect
Male Chuvanisme, Islamophobia
Kerjaya, tarbiah bukan kedua
Pemimpin, jangan blurr!

Semuanya sedang beratur mahu dihamparkan.

0 comments:

Post a Comment