RSS

Thursday, December 2, 2010

MENCINTAI SEJANTAN ALI






cinta adalah tanggungjawab
selagi agama yang kau andalkan
cinta adalah keberanian atau pengorbanan
saat kau kecundang dalam memiliki
cinta sememangnya bukan dimiliki

Ada rahsia yang terdalam di hati Ali yang tidak dikisahkannya oleh sesiapa pun. Fathimah. Karib kecilnya itu, puteri kesayangan Rasulullah yang adalah sepupunya itu sungguh mempesonakan. Kesantunnya, ibadahnya, kecekalannya, dan rupawannya kurniaan Allah. Lihatlah gadis itu suatu ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca dan ditempelkannya pada luka agar darah tidak terus mengalir. Sedang air matanya mengalir perlahan menangisi ujian yang ditanggung sang ayah. Muhammad ibnu Abdullah tidak layak diperlukan demikian!

Maka gadis wirawati itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’abah. Dilihatnya dari jauh para pemuka Quraisy saling tertawa membanggakan tindakan mereka pada Sang Nabi yang diperlakukan seperti binatang. Mereka tiba-tiba diam apabila Fathimah mengherdik mereka sehingga mulut mereka terkunci dan tertunduk atas pembelaan Fathimah.

Mengagumkan!

Ali tidak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Apakah kekagumannya pada agama dan perjuangan si gadis merupakan perasaan asing yang kerap bertamu dalam jiwanya adalah cinta. Atau sekadar kagum dan hormat sebagai anak seorang Rasul Allah. Tetapi ia harus jujur bahawa jiwanya tersentak saat mendengar khabar bahawa Fathimah telah dilamar oleh seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal lagi Rasulullah dipulaukan. Dan lelaki yang imannya tidak sebanding dengan dunia dan seisinya! Lelaki yang yang paling banyak mengislamkan mereka yang dijamin syurga!

Dialah Abu Bakr Asshidiq Radiyallahu ‘anhu.


Ali teruji. Dia bukanlah sesiapa berbanding Abu Bakr. Dakwahnya, infaqnya, tebusannya terhadap Bilal, Ibnu Mas’ud, Khabab bin ‘Arat dan keluarga Yasir cukup merenjatkan kesedarannya bahawa dia hanyalah anak-anak yang belum ada apa-apa untuk dibanggakan.

“ Inilah persaudaraan dan cinta.” gumam Ali
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagian Fathimah atas cintaku.” Ya, cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian atau pengorbanan. Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila ia tidak perlu putus harap, bahkan dia makin bersedia menyiapkan semangatnya untuk terus maju dalam keinginannya untuk menikahi Fathimah. Kerana..Lamaran Abu Bakr ditolak Rasulullah.

Namun ujian itu belum berakhir. Allah masih mahu melihat kesungguhannya. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah seorang yang bukan calang-calang melamar Fathimah. Lelaki yang terkenal dengan keberanian dan keperkasaannya. Seorang lelaki yang sejak masuk Islam membuat kaum muslimin berani mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaithan takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut. Dialah Umar ibn Al-Khattab. Al-Faruq datang melamar Fathimah. Lelaki yang sangat didoakan Rasulullah agar dimuliakan Islam dengannya. Dan sungguh, sejak pengislamannya Islam menjadi lebih mulia dengan pembelaannya. Selain itu, ‘Ali pernah mendengar sendiri Nabi sering berkata,

 “ Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar.” Lihatlah betapa tinggi kedudkan Umar di sisi ayah Fathimah. Ali semakin rendah diri. Apatahlagi saat dia terbayangkan peristiwa hijrahnya Umar. Ali dengan sembunyi-sembunyi menyusul sang nabi berhijrah sedangkan Umar dengan gahnya mengumumkan penghijrahannya di hapadan para pemuka Quraisy dan mengugut dengan ugutan yang dahsyat sehingga tiada siapa yang berani menahannya. Ah, Ali menjadi semakin tunduk bagai semi padi. Dia pasrah. Mencintai tidak bereti seharusnya memiliki. Cinta adalah pengorbanan. Ya, pengorbanan akan sebuah rasa dan harapan.

Namun Ali menjadi semakin bingung apabila ia sekali lagi mendengar khabar yang tidak diduga. Sungguh menghairankan apabila lamaran Umar juga ditolak Sang Nabi. Dia termangu-mangu dalam buncah yang mengusutkan. Menantu seperti apakah yang Rasulullah mahukan. Seperti Utsman kah yang telah diambil Rasululllah sebayak dua kali menjadi menantunya. Ah, jika itu yang Rasulullah nantikan, pastilah dia merasakan sangat jauh sekali dengan peribadinya Utsman. Jika yang setara dengan Utsman, mungkin sekali Abdurahman Bin Auf yang infaqnya tidak bisa diragui lagi sehingga menggegar bumi Yatsrib. Atau mungkin Rasulullah mahu mengambil menantu dari kalangan Anshar untuk mempererat persaudaraan dengan mereka? Sa’ad bin Muaz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Saad bin Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

Ali berandai-andai. Membanding-banding dengan dirinya yang begitu rendah. Dia beristighfar, tidak sepatutnya dia mengalamun sampai mengganggu hatinya.

“ Kenapa aku tidak mencuba dahulu? Aku inginkan agamanya bukan dirinya. Apa yang perlu aku malu sedangkan aku perlu merasa ‘izzah kerana aku memilih sesuai syariat. Aku harus bertanggungjawab atas masa depan dan harapanku selagi mana tiada kemaksiatan.” Monolog Ali pembakar semangatnya.

 Ali pun menghadap Sang Nabi. Dengan penuh keluh kesah yang menggetarkan dia menyampaikan hasrat hati untuk menikahi Fathimah. Dalam gambaran fikirannya, apakah dia senasib Abu Bakr dan Umar. Secara ekonomi dia tidak menjanjikan apa-apa pada Fathimah melainkan satu baju besinya. Tetapi untuk meminta Fathimah menunggu satu,dua ,tiga tahun lagi itu untuk dia siapkan diri, itu sangat keanak-anakan. Dia adalah lelaki sejati yang akan bertanggungjawab atas amanah yang ditanggungnya. Dia alah lelaki sejati yang akan bertanggungjawab atas cintanya, pemuda yang siap memikul risiko ke atas pilihan-pilihannya.

“Ahlan Wasahlan!” Kata itu meluncur laju dari bibir Rasulullah. Nabi tersenyum tenang melihat wajah Ali. Dan ia pun bingung dengan jawapan itu. Apakah ditolak atau diterima? Dia tidak mahu meletak harapan. Mungkin Rasulullah juga bingung untuk menjawab secara jelas. Dia siap ditolak. Biarlah dia tahu jawapannya seawalnya daripada menanggung beban tanda tanya ibarat bahtera tanpa pelabuhan. Dia kembali ke taman-teman Anshar dan bertanyakan pendapat mereka tentang jawapan Sang Nabi.

“ Kawan, kau bukan sahaja mendapat satu, tapi dua sekali, ahlan  dan wasahlan! Yang kedua-duanya bererti ya!”

Ali bersujud syukur..Dia telah bertanggungjawab atas pilihannya.

DI JALAN CIN TA PARA PEJUANG

….jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Jalan yang mengajarkan keberanian atas pilihan dan harapan kita. Ali mungkin merasa tidak layak atas kehebatan pilihannya yang cukup tinggi, namun demi agamanya, dia harus memilih hal yang lebih menguntungkan akhiratnya. Di jalan cinta para pejuang, ia mengajar kejelasan misi dan visi untuk kita bertindak sesuai kehendak Allah. Tiada malu dalam memilih keimanan, tiada segan dalam kita memperjuangkan agama. Untuk lelaki yang mahu menjadi sejantan Ali, jelaslah dalam setiap matlamatmu, jika agama yang telah kau andalkan sebagai pilihanmu, majulah dengan penuh rasa tanggungjawab. Ingatlah, saat kau mentaati Allah jangan dirisaukan kemampuanmu, selebihnya adalah kerja Allah yang seiring kemahuan dan usaha kita.
La fataan illa ‘Aliyyan!

5 comments:

UmmU-Nisaa' said...

slm. izz sungguh jantan saidina Ali! erm rasanye bole apply kat kita jugakan? ;-)

Anonymous said...

salam.

itulah Ali yang semua lelaki ingin menjadi.

Dan itulah Ali yang semua wanita ingin berada di sisi.

Boleh kah jika saya berkongsi penulisan yang kali ini? semoga apa yang dikongsi nanti bermanfaat.

NURIZZ said...

wa'alaikumsalam.

Mun,
kerana itulah orang arab ada pepatah 'la fataan illa 'aliyyan ( tdaklah pemuda melainkan Ali). Keberanian itu selalu dinisbahkan tinggi kepada kaum lelaki. Termasuk berani untuk mentaqdim jodohnya saat dia telah memilih agama si gadis. begitulah apa yang cuba dicontohkan Ali.

Hal ini juga boleh diaplikasi oleh perempuan. kita sudah punya contoh wanita pertama yang pertama dinikahi Rasulullah, yang bermula atas keberanian khadijah melamar Rasulullah terlebih dahulu. Islam telah menggariskan hal yang cukup indah dalam adab ta'ammul pernikahan. Selagi kau letakkan agamanya sebagai pilihan, kau tidak perlu ragu untuk bertanggungjawab dengan pilihanmu. Dan selebihnya kita berlapang dada menerima ketetapan Allah.

Saudara Tajul,
Sekadar makluman bahawa saya mendapatkan cerita ini daripada karya saudara sefikrah yang sangat saya kagumi, Akh Salim A Fillah, dalam bukunya Jalan Cinta Para Pejuang. Saya hanya menurunkan tulisannya dengan sedikit modifikasi agar bersesuaian dengan cara penulisan saya. Maka kreditnya saya kalungkan pada Akh Salim kerana memberi pencerahan sebegini lewat karyanya.

Semoga lebih ramai pemuda yang sejantan Ali
Moga lebih ramai juga pemudah sehebat Fathimah!

Dipersilakan untuk berkongsi entri ini dan saya mengharapkan huraian tambahan dari pihak saudara kerana banyak sekali pemikiran yang hebat tercetus daripada cara pandang saudara.

Nahnu Duat Qabla Kuli Syai'

ain_pinkz said...

SubhanAllah.hebat peribadi Ali ye kak=)

izyan said...

kalau wanita sudah melihat sesorg dlm agamanya..harus juga berani mentaqdim bukan? menanti lelaki abad ini sejantan ini bisakah?

Post a Comment