RSS

Sunday, November 28, 2010

MENGENALKAN SAYA




“ Sudah kau rancang masa depan?”

“ Masa depan? Maksudnya yang mana satu..terlalu subjektif.”

“ Anak-anak, keluarga..kerjaya. .semua apa yang kau inginkan selagi hidup”

“ Waah, kamu sampai ke situ ya..sudah merancang siap untuk anak-anak dan keluarga. Bukan kita masih bujang, ada satu sem lagi mahu graduate."

Langit cerah, tapi coraknya berbalam-balam. Ada lukisan indah di dada langit. Sangat abstrak. Ombak sekali sekali menyapa usik derap kaki pengunjungnya. Saya menghampar pandangan jauh ke pentas samudera. Sungguh saujana melihat simbahan cahaya mentari menebar mencermin lautan.

Saya tersenyum. Memandang teman akrab di sebelah. Kami bergandingan di tepi pantai petang itu.

“ Aku sudah mengimpikannya. Kita bukan berangan kan..kita hanya bercita-cita. tIdak salahkan bercita-cita. Kau lihat, Rasulullah juga menasihatkan supaya kita bermimpi syurga yang tertinggi, bukan sekadar itu, harus juga berdoa meminta syurga yang tertinggi. Waah, kalau mahu fikir sekilas, seakan tidak pantas mahu meminta syurga yang tertinggi itu. Tetapi bercita-citalah dahulu!”


“ Kamu gayanya seperti orang falsafah. Kalau begitu, ayuh petang ini kita kongsi sama-sama semua cerita CITA kita, bukan cerita CINTA ya.”

“ Kau ni sempat lagi mengusik ya. Ayuh, siapa yang mahu mulakan?”

Burung-burung semakin banyak memutari angkasa laut. Sangat dekat dengan kami. Barangkali mahu mendengar cerita cita kami.

“ Kamu mulakan dulu, dari situ aku bisa memperoleh ideanya. Kau kan selalu terkedepan.”
“ Baiklah, aku tidak tahu apa kau menyangka hal yang sama yang aku fikirkan. Aku berimpikan mahu punya rumah tangga yang ada keduanya. Agama dan harta. Aku mahukan sedikit mewah, aku mahukan juga dunia, aku mahukan kaya. Aku mahukan yang terbaik dalam segala hal.”

“ Kok begitu impian kamu? Sepertinya tidak cocok dengan pentarbiyahan kita kan?

“ Kau mahu tahu lagi..pasti lucu kalau aku katakan ini..kalau aku itu mahu 4 orang anak. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan, yang ketiga lelaki dan yang keempat perempuan. Yang laki-laki wajib jadi Hafiz. Aku impikan anak lelaki sulungku itu doctor yang Hafiz, anak perempuan sulungku seorang pensyarah jurusan agama, anak lelaki keduaku, seorang peguam yang Hafiz, biar aku dapat warisi ilmu perundanganku. Dan anak perempuan keduaku itu seorang businesswoman, pengusaha butik pengantin muslimah. Yang kesemuanya itu telah aku letakkan nama-nama mereka, dan bin nya itu dikosongkan.”

“ Waah, kamu ni keterlaluan ya. Bisa diletak-letak jumlah anaknya dan mahu jadi apa.Siap nama lagi. Bukan nanti mendepani takdir ukhti.”

“ Ya sudah, namanya kan perancangan, cita-cita..belum tentu ia seperti yang dituliskan. Tetapi ini sahaja yang bisa kita lakukan. MERANCANG. Kalau kebetulan selari dengan apa yang Allah tetapkan, Alhamdulillah. Jika tidak redha sahaja. Kalau nanti terlebih anaknya, Alhamdulillah syukur.”

Ketawa kami menyatu. Burung-burung semakin riuh kicauannya tanda geli hati.

“ Ukhti, aku ini bukan apa..aku mahu serba ada kerana untuk mengadakan apa yang tiada. Kalau sekarang aku bisa infaq sedikit sekali. Sedangkan mahu berprogram sahaja harus berkongsi PA system. Kadang-kadang gerak kerja terbatas kerana kurang kenderaan mahu menghantar itu dan ini. Aku jadi sedih kerana tidak dapat memberi banyak.Mudah-mudahan kalau nanti berwang, biar langsung belikan kenderaan, biar langsung belikan PA system lebih untuk dakwah. Biar lebih laju perancangan kita”

“ Lagi? Apa yang kamu impikan lagi?Aku jadi suka dengan cara fikirmu.”

“ Jangan begitu lho. Kalau aku salah iya, betulkan. Aku mahu rumah yang besar. Sudah aku lukiskan bentuk dan landskapnya. Tapi asasnya mudah, dalam rumah itu aku mahu ada mini library bersama ruang studi. Musolla untuk ibadah. Ruang untuk beraktiviti, dan ruang pejabat untuk kerja dakwahku. Aku mahu mewujudkan suasana ilmiah yang kondusif dan membantu semangat amalku. Semua itu aku infaqku untuk dakwah. Agar para aktivis yang perlukan rujukan, kemudahan, bisa mendapatnya di rumahku. Jika perlu untuk beraktiviti di rumahku dan menyiapkan kerja dakwah, yang rumah itu milik bersama. Itulah kepuasan yang tertinggi buatku. Asal dapat memberi untuk dakwah.”

Temanku terdiam. Dia seperti memikirkan sesuatu. Lantas bibirnya tersenyum kembali. Rupanya kami telah berjalan jauh ke muara. Kami berpatah balik.

“ Ukhti, dalam apa sahaja yang kita rancangkan, jangan lupa meletakkan harapan sederhana sahaja.kerana mungkin kita akan kecundang dalam kekecewaan dan menyalahi takdir. Makanya, jika ini adalah plan A kamu, kamu harus bersedia dengan plan B, dan plan C nya. Tak bererti mahu memberi pada dakwah itu harus berharta. Bahkan kalau kita terus fikirkan seperti ini, saat plan A kita gagal, kita jadi buntu tidak tahu berbuat apa untuk dakwah. Harusnya kita lebih teliti dalam setiap plan kita. Aku cadangkan agar kau tidak terlalu berada di plan A, kau cipta plan B dan C dan kau perlu berada di plan B yang sederhana dari plan A mu itu. Di tengah-tengah maksudku. Agar nanti, apa sahaja takdir hidupmu nanti, kau telah siap!”

Saya terinspirasi seketika mendengar masukannya. Bagus sekali saranannya. Sememangnya saya ini perfectionist. Hanya fikirkan yang positif sahaja dan tidak bersedia akan hal-hal yang negative bakal berlaku. Saya ini hanya melihat yang sempurna sehingga harapan-harapan saya terlalu sempurna. Btul juga katanya, tidak salah mahukan kesempurnaan, tetapi harus bersedia menghadapi apa yang tidak kita harapkan. Begitulah pentingnya sahabat, saat kita khilaf, dia memberikan masukan dan nasihat.

“ Terima kasih atas saranannya. Kau telah menyedarkan aku sesuatu yang baik sekali.”

“ Oh ya, sudah bicara, apa kau sudah punya calon yang akan bersama dalam plan hidupmu, aku fikir orangnya pasti bukan calang-calang. Harus orang yang kamahuann dan fikirannya sepertimu."

“  Itulah yang aku fikirkan. Bulan hadapan umurku bertambah. Umur ideal para puteri bernikah. Persoalan nikah semakin kuat berlegar di sekitar keluargaku. Apatahlagi aku ini anak sulung mereka dan ini adalah final semesterku. Dan seboleh mungkin aku mahukan dia sepertiku. Sekurang-kurangnya orang yang kemahuan dakwahnya tinggi. Orang yang mahu bergerak untuk beraksi untuk ummat. Biar dia bukan dari kalangan yang berada sekalipun, tetapi kerana semangat harakinya tinggi, pasti dengan cara apa pun dia akan berbuat. Dan kami akan saling menyertai dalam hal apa pun kerana matlamat dan tujuan yang sama. Apa ada orangnya ukhti?”

Dia melirik senyum. Semakin anggun dari purnama. Temanku itu memang anugerah segalanya. Semoga dia dianugerahkan pendamping yang hebat.

“ Ada, pasti ada. Asal kamu terus berdoa dan berharap agar Allah menemukannya. Aku sudah terbayang sosoknya..dia..dia rasanya..”

“ kamu itu ada-ada sahaja ya. Nggak pantas lho membayangkan orang yang belum milik kita.mungkin sekali dia yang kita bayangkan baik untuk kita, tetapi pada Allah ada orang lain. Biarlah waktu berjalan, dan dia akan aku ketemu juga satu saat.”

Ombak semakin surut. Langit telah kirmizi menghampa warnanya yang menggoda. Para burung telah mula terbang pulang seusai perbualan kami. Aku mengambil nafas laut sedalam-dalamnya untuk menyedut semangat alam. Semoga aku kuat bertasbih dan terus bersujud kepada tuhan seperti alam yang terus setia bertasbih kepada Tuhan biar apa pun ketetapanNya.

7 comments:

taksuke kucingatal (^^) said...

pandaii noooo =p
Moga Allah mudahkan urusan

NURIZZ said...

what the pandai?hehe
ur words inspired me " kekuatan doa itu dahsyat"
bdway, i couldn't find cinta sufi. may i borrow urs?

taksuke kucingatal (^^) said...

sure. tapi ada kat kuantan la huuu
erm tengoklah esok lusa kalau rajin drop by kt klcc jap cri cinta sufi for u okeh

Anonymous said...

salam.

satu cerpen yang mantap oleh saudari izzah. barangkali boleh
menerbitkan karya monumental seperti Kang Abik di Indonesia. Karya
yang bukan sahaja dibaca tapi untuk membina.

Hal nikah bukanlah satu perkara yang main-main.Ianya perlu
perancangan yang rapi yang sebagaimana saudari sudah coretkan di
cerpen.

Tambah lagi bagi seorang daie. Baitul Muslim nya adalah baitul Muslim
haraki. Yang mana asas Deen nya mengatasi perasaan nya. Bahkan lagi
khusus lagi, perjuangan nya mengatasi keinginannya.Kehendak Haraki nya
mengatasi kehendak peribadinya. Tambah lagi kita yang berada dalam
dakwah pasti sudah fasih dengan manhaj. Bahkan pembinaan baitul Muslim
juga sudah cantik manhajnya.

Dan disitulah terhasilnya baitul muslim harakiah yang kita semua
impikan.Bukan setakat untuk mewujudkan keluarga.Tetapi menjadikan
keluarga yang terbina itu sebagai penambah kekuatan dan alat untuk
membina ummat.

Bukankah itu semua kita impikan. Dan apa yang saudari tuliskan dalam
cerpen ini memang mampu menjadi pembina kepada kefahaman dalam
struktur untuk membina Bait Muslim Haraki..

Terima kasih atas kunjungan dan maklumat.InsyaAllah jika ada program
di UIA [tahun lepas selalu dtg untuk progrm .tp terlupa nak bertanya
ke department nya.sangat rugi], saya sendiri akan cuba bertanya untuk
bagaimana melanjutkan pelajaran dalam bidang Guaman. tapi mungkin
terpaksa bermula dari asas.Sebab kelulusan saya cumalah dalam bidang
sains geologi.

wallahua'lam

izyan said...

shbt sy dan entrinya kali ini besar pengertian dan maknanya. moga2 kita sama2 utuh dalam perjuangan hidup mencari redha Allah selalu. bernikah dgn orang baik, benar, sekufu dan sefikrah adalah satu bonus dalam jalan cinta para pejuang. i support u dear!

NURIZZ said...

wa'alaikumsalam wbt

sdra tajul, jzk atas kunjungan balas dan masukan yang cukup membina. pujian itu saya kembalikan kepada Allah, dialah pemilik segala pujian dan saya hanya perantaranya. Mungkinsekali koleksi bacaan saya banyaknya dari karya indonesia maka tulian saya tanpa sedar terbias lenggok bahasa mereka.

setuju dengan pandangan sdra. membina baitul musli haraki adalah impian setiap aktivis. Bkanlah ia menjadi matlamat. yang penting kita fokus kepada amal dakwah kita dan biar Allah sendiri menentukan waktunya.insyALLAH,jodoh itu adalah bagian rezeki kita yang telah Allah tetapka, dan yang namanya rezeki itu pasti tidak akn diambil orang.

berkenaan dengan maklumat bidang Guaman, jika saya mempunyai maklumat tambahan, insyaAllah, akan saya lanjutka kepada sdra.

jzk

sdri izyan hazwani,
karibku dunia akhirat, terima kasih ats perhatianmu. Kau anugerah Tuhan yang cukup istimewa sejak mengenalimu. Aku telah temukan sesuatu yang indah tentang dirimu dan pasti aku tidak mahu kehilangannya.Di jalan cinta para pejuang, bersaksikan Tuhan, akanku pelihara persahabatan ini sampai syurga.

tidak sabar bertemu kembali buka semester. Banyak sekali yang ingin kongsikan.

ain_pinkz said...

tinggi impian akak! =)

Post a Comment