RSS

Monday, June 20, 2011

CINTA KITA SAMPAI SYURGA





mahu atau tidak?
kita cinta sampai syurga
bukan sekadar dunia
mahu atau tidak?
kita bercinta sampai syurga
tiada yang menggantikan
antara kita
kerana cinta kita
CINTA SAMPAI SYURGA

Hidup bukan untuk main-main. Jauh lagi untuk suka-suka. Kerana bukan untuk  semua ini, hidup ini adalah kerja berat, kerja maha serius untuk kita ambil peduli. Pada apa, dari mana, ke mana, mahu apa dan bagaimana untuk hidup adalah persoalan yang perlukan jawapan.

Suatu hari di café Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya dan dia meliar menyeluruhi gelagat para peguam. Pakaian hitam putih dengan timbunan fail kes di tangan adalah symbol penuh elit dan eksklusif. Waktu itu saya sedang menanti dokumen kes saya difotostat. Urusan ke mahkamah adalah hal yang tidak digemari oleh mana-mana peguam. Aneh bukan. Kerana ia melibatkan masa yang terbuang hanya kerana birokrasi yang menyemakkan. Rimas. Sungguh rimas. Dari kaunter tingakt 1 ke Kaunter Tingkat 2. Kemudian di pas semula ke kaunter 1. Kaunter 1 kata Kaunter 3 pula. Paling akhir, pegawai cuti. Datang lagi nanti.

Atau mungkin kerana saya peguam pelatih. Maka inilah pengalaman yang perlu saya lalui. Tidak tahu kaunter mana yang tepat sehingga masa habis begitu sahaja. Dokumen tidak cukup. Perlu ‘copy’ lagi dan ia melibatkan proses menunggu fotostat yang bukan sekejap. Semua ini adalah normal untuk peguam pelatih. Agar dia dapat biasakan diri dengan ragam mahkamah. Bila sudah jadi peguam nanti, semua itu despatch yang buat. Bukan ppeguam lagi. Itulah nasihat dan pandangan teman-teman peguam pelatih yang lain.

Bukan saya tidak faham. Ketahuilah yang saya faham sangat semua itu. Cuma, saya begitu ‘calculative’ dengan masa saya. Tidak mahu terbuang begitu sahaja. Kerana mungkin pantang besar saya adalah menunggu, lambat dan tidak serius. Bukan ertinya saya tergesa-gesa, tetapi tidak mahu waktu berlalu tanpa manfaat apa-apa.

“ Atiqah, adakah akak akan habiskan masa seharian begini untuk tempoh 9 bulan? Itu minimum waktu?”

“Kenapa akak Tanya macam tu? Akak yang nak jadi peguam kan? Memang inilah cara hidupnya.

“ Awak tengok, adakah akak akan menjadi sebahagian daripada mereka, masa banyak berhabisan di mahkamah kerana proses yang memakan waktu?”

“ Maksud akak apa? Ada cara lainkah untuk elakkan semua ni?

“ entahlah Atiqah, entah sampai bila akak boleh hidup di dunia ni. Walau ia untuk 9 bulan. Ia adalah masa. Atau akak orang yang tidak sabar, mahu cepat semuanya. Maksud akak, bagaimana akak boleh maksimakan masa akak betul-betul bermanfaat untuk orang lain, untuk dakwah. Jika seharian akak deal dengan dokumen, menguruskan satu dua kes, adakah cukup manfaat waktu akak itu?”

“ Akak, selesaikan kes orang kan ibadah juga. Akak niatkan ibadah. Maka ia akan berpahala juga.”

“ Ya, akak maklum semua itu. Yang sangat akak kisahkan, akak tidak jumpa bagaimana akak boleh maksimakan masa akak sepanjang menjalani latihan guaman ini untuk dakwah.”

Mak Cik kedai fotostat sudah memanggil. Semuanya tergantung di situ dan kami harus berkejar ke kaunter lain. Entah betul atau tidak nantinya.


SAYA KENA CEKAP....

Sebagai daei
Sebagai aktivis dakwah
Sebagai anak
Sebagai kakak
Sebagai saudara mara
Sebagai jiran
Sebagai pekerja
Sebagai kawan
Sebagai bakal pelajar
Sebagai bakal isteri
Sebagai bakal menantu
Sebagai bakal ibu
Sebagai bakal majikan
Sebagai dan sebagainya

Yang menuntut hak-hak mereka untuk dipenuhi tanpa berkurang sedikit. Ia menagih keadilan daripada saya agar semua tugasan di atas dapat diselesaikan sebaiknya. Ia memerlukan disiplin hidup yang ketat dan serius bukan main. Kata seorang syuyukh :

“AKHAWAT HARUS CEKAP. BIAR DAPAT JADI SUPER WOMAN. APA SAHAJA TUGASAN DAN HAK DAPAT DIPENUHI SEBAIKNYA. NANTI AKHAWAT  SUDAH MENIKAH, LEBIH LAGI MENUNTUT KECEKAPAN AKHWAT. JIKA AKHAWAT LAMBAT MENINGKATKAN DIRI, LAMBAT MENAMBAH BEKAL DIRI, NANTI BANYAK BENDA AKAN TERCICIR. TARBIYAH ENTAH KE MANA, KERANA SIBUK MEMENUHI SEMUA HAK ITU. SEDANGKAN TARBIYAH ITU SEPATUTNYA SUDAH MENGAJAR AKHWAT BAGAIMANA UNTUK CEKAPKAN DIRI. AGAR DAKWAH TIDAK JADI FITNAH KEPADA SEMUA TUGASAN LAIN YANG JUGA AMANAH.”

Saya merenung jauh. Menerobos langit biru tujuh lapisan. Entah di mana fikiran saya mendarat. Barangkali di nebula paling kusut. Harus di mana saya mahu mulakan semuanya untuk membuat persediaan bagi melalui fasa sekarang dan fasa datang. Lagi berfikir, lebih seram sejuk urat nadi saya kerana khuatir sekali saya tidak dapat berikan sebaiknya untuk semua di atas kerana seakhwat apa pun saya, bahawa saya adalah M.A.N.U.S.I.A yang banyak lemahnya.

Maka untuk ibu ayah,murobbi, adik-adik, akhawat, dan bakal suami…

Kalian adalah yang terdekat dengan diri saya untuk memahami siapa saya untuk semua ini. Sokongan, dokongan dan toleransi daripada kalian semua adalah sebuah penghargaan yang tidak terhingga daripada saya. Di mana saya berada, apa amal yang saya lakukan, sudah awal-awal saya niatkan pahalanya untuk kalian semua. Untuk kita semua. Agar langkah kita akan seiring menapak ke dalam syurga tanpa ada yang tertinggal seorang pun. kerana CINTA KITA ADALAH CINTA SAMPAI SYURGA.

1 comments:

Syaheera My said...

tulisan biru pada perenggan akhir itu...=)

InsyaAllah izz...sama2 kite mendokong..

teruskan perjuanganmu dik!

Post a Comment