Maharku adalah jalan ini
maharku adalah cinta ini
cinta yang penuh militansi
yang kau dan aku
akan perjuangkannya
sampai hujung nyawa
“ Ya, saya ada satu cerita. Kamu mahu mendengarkannya, ini memang benar!”
Penceramah meyakinkan. Kami peserta seminar Rumah Tangga Islami tidak berkedip mata. Sangat rugi rasanya andai terpejam walau sesaat. Beliau sungguh mengesankan.
“ Pernah suatu ketika datang seorang ikhwah meminta saya carikannya calon isteri. Katanya dia mahu yang sopan santun, ayu, lemah lembut, pemalu dan TIDAK MILITAN!”
Beliau berjeda. Menahan sedak yang mahu meledak. Perkataan TIDAK MILITAN mengganggu kelancarannya barangkali. Kami ikut berkerut kening. Apa maksudnya TIDAK MILITAN. Masuk hutan angkat senjatakah?
“ Maksud kamu TIDAK MILITAN itu apa? Bisa dijelaskan”
Ikhwah itu buncah.
“ Err, maksud saya yang bukan aktif sangat bergerak sana sini. Erm, err..Yang kiranya macam sesuainya orang perempuan, tidak menonjol dirinya sana sini.”
Ahh Ikhwah itu, dirinya sendiri meragukan.
“ Oh iya..kamu mahu tahu resepi? Ini resepi rahsia rumah tangga yang belum tertulis di mana-mana, yang belum disebut di bibir siapa pun.”
Waah! Pasti mahu. Sunggu penasaran!
“ Resepinya, isteri itu harus MILITAN. Coba saja kamu mikir,saat kamu di tempat kerja, lalu anakmu demam, dia bisa memandu ke klinik. Saat barang dapur kehabisan, dia bisa cekap ke pasar tanpa perlu menunggumu, saat kamu lagi out station beberapa minggu siapa yang bisa pantas menguruskan rumahtangga sebagai ibu dan sekaligus bapa kepada anak-anakmu, pasti seorang isteri yang MILITAN.”
Ikhwah itu menelan air liur. Tergulut-gulut di depan beliau. Rasa baru sahaja menelan bom C4 yang bakal meletup dalam ususnya.
“ Kalau yang tidak bisa aktif sana sini, fizikalnya itu tidak kuat, tidak cukup mengurus hal yang banyak dalam suatu masa, ia pasti meletihkan kamu. Anak yang demam panas sahaja harus menunggu kamu pulang kerja. Tiap-tiap waktu mengganggu tugas kerjamu hanya atas hal-hal yang boleh diusahakannya sendiri. Harus mandiri ertinya.”
Oh, itukah MILITAN namanya? Saya tersenyum. Banyak sekali skrin hidup terlayar di hadapan saya saat melihat wajah para akhawat.
SEUSAI ITU..MEMANG BENAR..
Program hari itu tamat. Keluar sahaja laman parkir kereta, saya terus tidak tahan mahu tertawa, lalu menggeleng kepala. Kelihatan 2,3 orang akhawat bertungkus lumus menghidupkan motornya. Terhenjak-henjak tubuh kerana tidak mahu hidup. Datang seorang akhwat dengan gaya yang penuh militan, sekali henjakannya yang maha hebat pada pedal penghidup, terus terdengar bunyi enjin motor, sungguh militan!
Saya menuju ke kereta saya. Di bangku belakang penuh barang-barang tumpangan akhwat yang bermotor dan yang menaiki tren untuk dibawa ke universiti. Begitulah kemudahan yang ada bukan untuk dinikmati seorang diri, tapi ia adalah amanah untuk orang lain, apatahlagi akhawat yang sangat saya cintai. Saya melewati stesen minyak, Ah, kelihatan seorang akhawat dengan beg napsacknya sedang mengisi minyak motornya. Ah, sungguh militan. Mata saya bergenang, saya pasti merindui kalian dengan suasana sebegini.
Entahlah, sejak menghampiri semester terakhir saya di UIA, saya terasa sayu andai terpisah nantinya dengan akhawat. Kenderaan di lebuh raya tidak terlalu sesak. Tetapi ia tidak menggembirakan kerana kereta dan motornya banyak sekali yang dipandu laju. Walaupun saya mungkin di antara mereka tetapi saya masih menidakkannya. Teringat sekali atuk pernah mengatakan bahawa beliau serik menaiki kereta dipandu saya, bagai mahu tercabut jantung. Ah, atuk-atuk..militan itu namanya, biar cepat asal masih sopan. Masa itu sangat berharga kan..Tidak jauh dari situ, di tepi jalan saya seakan mengenali jaket penunggang motor tersebut, persis jaket rasmi kami. Ah, akhawat lagi. Dia sedang berhenti menjawab telefonnya yang cuba diselitkan di celah-celah topi keledar. Sungguh lucu. Saya membunyikan hon. Mereka mengangkat tangan.
MasyaAllah, sepanjang jalan ke UIA saya bertemu akhwat, dan adakah mungkin saya akan terus bertemu dengan akhwat di mana-mana pada masa akan datang? Tanpa dipinta, pipi saya basah. Entah mengapa terasa ngilu sekali andai nanti bakal hidup sendirian tanpa akhwat biarpun nanti sudah punya suami. Ia sungguh tidak sama biar diganti dengan apa pun.
Terimbas kembali beberapa isi seminar tadi. Kali ini saya benar- benar membenarkan.
“ Jika nanti, para akhwat akan menikah, andai bisa, mintalah dua perkara ini sebagai janji antara kalian dan bakal suami. Bahawa yang pertama, agar diizinkan kalian mengikuti liqo’ dan aktiviti tarbiyah. Yang kedua, agar kalian bisa terus bersama akhwat tanpa mengabaikan tanggungjawab kepadanya.”
Saya terus memejam rapat. Ya, begitulah apa yang ingin saya minta suatu hari nantinya.
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…
….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militan dan radikal. Bukan bererti mengangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.
14 comments:
salam'alayk.
k.izzah, umy copy n paste kt blog tau.
:)
p/s: akak, mhn didik n tnjuk ajar smpai umy betul2 militan mcm akak dan akhowat laen ye. hehe. amin3. :)
salam kak izzah..:)
boleh mohon share artikel nya?
kak izzah hamidians jugak?:)batch thun brape?
salam kak iz, sungguh! Andai perpisahan adalah noktahnya, mintalah agar kita ditemukan di syurga. Amin, Luv u kak.
assalamu'alaikum adik-adikku,
Umairah, copylah..andai ia bermanfaat. InsyaAllah Uy, akk juga belum cukup militansi, masih punya masa rehat yang cukup dan waktu lapang, tandanya masih perlu lebih banyak bekerja. Untuk Umy dan akhwat lain, bertekadlah untuk sesuatu yang lebih besar sem baru ini, andai kita perlu masuk islam secara keseluruhannya, maka begitu juga tarbiyah, masuklah keseluruhannya juga, kerana di situlah muwasofat militansi atau qadirun 'ala kasbih tersedia.
To Nadia,
Iya, akak hamidian, awak juga ya? Tapi akak xlama di sana, tak sampai 2tahun. kalau xsilap tahun 2001/2002.Lepas tu akak ke SBPI Rawang.Awak UIA? Jika ya, boleh kita jumpa sementara akak belum grad lagi.
To Syaheed Amani,
Sememangnya cinta yang kita sulam ini adalah sebuah tenunan yang sedang kita siapkan di syurga. Ayuh, kita lebih militan. Uhibki Fillah!
Salam Iz,
akk juga mahu akhawat militan spt yg disebut penceramah itu. doakan akk ya. walaupun byk dugaan menanti, namun kita sama2 teguh dan saling menguat! insyaAllah...
Jzkk ats perkongsian buat adik2 yg xmendgrnya...
wslm kak,
pasti kak.ada waktunya saat diuji kita menjadi lemah dan tidak bersemangat. jiwa militansi juga mungkin juga makin menurun.tetpi cukuplah melihat wajah2 akhwat, pasti ghirah itu kembali membugar.
bertemu lagi di pertemuan akan datang=)
assalamualaikum...
tompang lalu jap...pernah tak baca buku Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk
الصحوة الإسلامية من المراهقة إلى الرشد
ada 10 perkara dalam tu yang mesti dijadikan pegangan oleh abna' sahwah...
wa'alaikumsalam
ya,silakan. jazakallah atas kunjungan.
saya belum pernah baca.jika sdara mahu berkongsi, saya menantikan kupasan daripada tulisan tersebut di sini. semoga bermanfaat.
tapi sebelum baca kitab ni saya cadangkan untuk saudari baca dulu kitab Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk
أين الخلل
sbbnya, dalam buku ainal khalal ni beliau telah mengkaji apakah kepincangan yang membelenggu umat islam sekarang. ada beberapa perkara yang beliau telah bincangkan dalam tu. lepas dah baca buku ainal khalal tu baru baca buku
الصحوة الإسلامية من المراهقة إلى الرشد
sbb 10 perkara yg beliau datangkan dalam kitab ni adalah punca utama kelemahan umat islam kini..
saya cadangkan ni sbb lepas baca artikel CINTA MILITANSI ni agak memang betul2 saudari bersemangat. mungkin dengan 2 perkara yg ingin dijadikan permintaan utama dalam pernikahan saudari. bagus tu saya sangat bersetuju. panjang kalau nak buat khulasah. insya Allah saya akan kongsikan di sini nanti. ok...
baiklah. syukran atas cadangan saudara.InshaAllah saya akan cuba dapatkannya. Mungkin pernah terbaca tetapi tidak perasan tajuk sebenar tulisan tersebut.
Dalam tingkatan setiap mihwar dakwah, kita memang mensyaratkan haraki itu sebagai dasarnya. terutama bagi mereka yang mementingkan kesinambungan perjuangan dalam setiap mihwar. La budda 'ala, Baitul Muslim yang mahu dibina perlu juga mengutamakan haraki, maka namanya baitul muslim haraki. Mungkin kerana itu, 2 permintaan itu hadir dalam ikatan pernikahan yang dimaksudkan.
Maka ia bukan sekadar ikatan dua hati, tetapi ikatan itu seharusnya memberi manfaat kepada ummah. Bagaimana pernikahan Rasulullah SAW dan Khadijah ra, bukan hanya terhenti kepada keluarga yang mereka bina sahaja, tetapi dari situ lebih rancak dakwah Baginda, lebih kuat Islam bertapak kerana di antara mereka saling menguatkan dan saling memberi.
Mungkin sekali kupasan daripada kedua-dua buku cadangan saudara mampu memberikan lebih pencerahan. Barakallah.
aah betul tu. tp sebelum pembinaan baitul muslim, individu perlu mengalami proses islamisasi segenap kehidupan globalnya dalam memastikan baitul muslim dikemudi dgn kehidupan beragama. Baginda Rasulullah saw. sendiri mengalami proses ini melalui pentarbiahan langsung daripada Allah melalui Saidina Jibril. hati yang disentuh dengan sentuhan wahyu ini telah ditarbiah sedari kecil. seperti contoh, pentarbiyahan melalui pengembalaan kambing yang benar2 pengajaran dan pedomannya boleh dijadikan contoh dalam menjana sifat penyabar individu muslim.
di atas sebab ini, saya bersetuju untuk tarbiah dijadikan perkara dan agenda utama dalam kehidupan rumah tangga sebelum penyusunan aspek strategik dalam kehidupan rumah tangga. terutama dalam memastikan survival islam terus diintensifkan dgn jayanya bagi melahirkan masyarakat islam tersedia dgn kesyumulan islam...
7 tingkatan amal mesti dimanifestasikan oleh setiap muslim yang bakal menjadi pencetus kepada pengembalian khilafah dambaan abna' sahwah. dua yang awal perlu menjadi matlamat hidup jangka masa terdekat dan yang baki dijadikan matlamat hidup jangka panjang. jadi...dah panjang saya celoteh ni...to be continue...
insya Allah...
subhanallah. Perkongsian yang mengesankan.jika dirasakan tidak sesuai dikupas di ruangan komentar ini, boleh dipanjangkan ke blog saudara, agar perkongsian ini lebih menyeluruh kepada pembaca blog saudara juga.tidak hanya komunikasi dua hala.
jika diizinkan, saya akan pautkan link nya di blog saya.InshaAllah
militansi tapi tetap tahu berakhlak seperti seorg isteri:) i like
Post a Comment