RSS

Monday, September 27, 2010

CINTA. SEBUAH KATA KERJA


Cinta adalah sebuah kata kerja iaitu kerja untuk mencintai
Maka bermulalah untuk bekerja untuk mencintai akan hal-hal yang belum kau cintai
Dan hatimu akan menjadi makmum atas segala kerja cintamu

Kelihatan sungguh retorik. Tidak mudah. Sulit benar untuk menggunapakai ungkapan di atas dalam realiti hidup. Apatahlagi bersangkut soal hati yang bermukim cinta. Ungkapan ini juga saya canangkan kepada teman-teman yang kecundang dalam memiliki hal yang dicintainya. Baik berupa ‘manusia’ atau  selainnya. Saya pujuk-pujuk agar bisa saja untuk mula mencintai hal yang baru yang belum dicintainya. Wajahnya mengetat. Tidak setuju. Begitulah cinta, lekas benar mengarah tuannya membelakangkan akal.
Di sini, saya menemukan satu hikmah sepanjang pengembaraan saya dalam buku ini. Saya lipatkan bab ini agar mudah untuk mengulangnya.  Cinta adalah sebuah pekerjaan jiwa yang besar dan agung iaitu MENCINTAI. Oleh kerana ia merupakan sebuah kerja yang harus kita usahakan, maka tidak mustahil kita akan mendapat hasil atas usaha-usaha kita itu. Cuba kalian tanya sebentar pada hati, pernah bukan berlaku sesuatu yang paling kita benci itu menjadi hal yang paling kita cintai? Cuba imbas kembali bagaimana ianya boleh terjadi jika tanpa kalian membuka ruang, memikirkannya dan meletak usaha tanpa sedar untuk mengenali hal itu. Sehingga tanpa sedar juga kalian mula mencintainya. Itulah pekerjaan jiwa yang sedang dan telah kalian lakukan sehingga kalian mampu mencintainya.
Di sini, ada peristiwa yang lebih agung dari kisah cinta kita. Kisah cinta Umar r.a dan Rasulullah, siapa yang bisa menandinginya?

“ Ya Rasulullah” Kata Umar perlahan. Matanya berbinar-binar.
“ Aku mencintaimu seperti kucintai diriku sendiri”. Lega.
Rasulullah SAW tersenyum. “Tidak Wahai Umar. Engkau harus mencintaiku lebih daripada cintamu pada dirimu dan keluargamu”.
Ah. Terkulat-kulat malu Umar di situ. Tetapi itu sungguh sepatutnya.
“ Ya Rasulullah”, kata Umar, “Mulai saat ini engkau lebih kucintai daripada apapun di dunia ini.”
“ Nah! Begitulah wahai Umar!”
Takjub bukan? Semudah itukah kerja cinta Umar sehingga mampu bertukar kurang 3 saat? Sedangkan Rasulullah meminta untuk mengurangkan cinta pada dirinya dan keluarganya, namun ditambah Umar mengurangkan apapun di dunia ini. Itulah cinta para sahabat kepada Sang Nabi. Bagi Umar cinta baginya adalah sebuah kata kerja dan dia hanya perlu mengulang kerja cintanya dan melebihkan apa yang sepatutnya. Dia tidak merumitkan soal hati yang belum mencintai ke tahap itu kerana baginya hati akan menjadi makmum akan segala kerja-kerja cintanya yang dilakukan oleh amalnya.
BAHAGIA PADA MENCINTAI
Apa bezanya soal cinta kita sekarang? Saya kira, persoalan cinta bagi kita adalah dengan konotosi “dicintai”. Dalam hal apa pun kita menterjemahkan cinta adalah hati yang perlu dicintai bukan mencintai.  Dicintai itu adalah hal yang di luar pengendalian jiwa kita kerana sudah tentu kita tidak bisa memaksa dunia di luar sana untuk mencintai kita. Bahkan dunia di luar sana itu punya perasaannya sendiri yang secara aneh memutuskan siapa sahaja yang layak dicintai atau dibenci. Sedang kita menjadi mangsa untuk sengsara, berduka kerana tidak dicintai.Bahagiakah?
Maka, bermulalah untuk berubah cara fikir kita. Usah keterlaluan dalam mengharap belas dan ihsan dunia pada kita. Kita mampu mencari bahagia dengan perasaan yang kita ciptakan. Upaya untuk menciptakan. Sebagaimana, cinta kita kepada Allah tidak akan terisi serta merta, dan tidak wajar kita lekas menghukum hati yang belum mencintaiNya. Cinta kepada Allah, harus diupayakan dengan mengenali hal-hal yang Allah cintai dan beramal dengannya. Kerjanya bahkan tidak kurang sukarnya sehingga menuntut usaha untuk berkorban harta, jiwa, mahupun darah.
Seorang suami atau pun isteri, setelah suku abad bersama dalam kehidupan rumah tangga, tidak relevan untuk beralasan untuk berpisah hanya dengan gangguan rasa “ Aku sudah tidak mencintainya lagi.” Mereka bisa memilih untuk terus membenci atau berusaha untuk mencari hal-hal yang menarik untuk kembali mencintai. Kerana yang dituntut waktu itu bukanlah perasaan mencintai itu tetapi adalah bekerja untuk kembali mecintai sesama mereka. Dan hati dan perasaan itu akan menjadi makmum atas segala kerja cinta mereka.
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…
……. Lakukanlah pekerjaan jiwa yang agung itu. Biar dalam apapun tuntutan amal kita sebagai muslim kita tidak akan lekas beralasan tiadanya rasa cinta di situ. Apatahlagi bagi mereka yang memilih jalan dakwah, segala yang payah bagi hati ini sememangnya menuntut sebuah kerja cinta yang bersungguh-sungguh. Mulai sekarang bekerjalah untuk mencintai Allah, RasulNya, jihad di jalanNya, dan amal soleh....kerana cinta adalah sebuah kata kerja. Dan hatimu akan menjadi makmum atas segala kerja-kerja cintamu! InsyaAllah, hidup kita akan lebih bahagia.

3 comments:

Anonymous said...

Salam saudari.

Terima kasih atas kunjungan saudari ke blog usang saya.Dan juga atas pandangan saudari. Jazakallah khair kathir..

Saya tertarik dengan nama blog ini.Tiada langsung yang boleh saya persoalkan pada penulisan saudari.Itu sudah cukup untuk memberikan baja kepada hati yang makin lama tenat kerana racun jahiliah.

Jalan Cinta Para Pejuang.

Ya,bukankah kita semua adalah pejuang dan kita punya matlamat dan cara kita berjuang pada jalan masing-masing.

Dan berada pada jalan perjuangan itu lah yang membuktikan siapa diri kita sebenarnya.

Kerna hakikat sebenar jalan kita tuju adalah pada redha Pencinta Teragung dan hidup ini adalah jalan untuk kita lalui dan tempuhi dalam misi kita mencari cinta Nya.

......................
Moga banyak lagi pengisian membersih nurani yang dapat dikongsikan sebagaimana dalam Kerna Syahadah Aku Daie

Wallahua'lam

NURIZZ said...

wa'alaikumsalam.

jazakalallah ats komennya. nama blog yang saya abadikan dari sebuah buku kegemaran saya. atas kesedaran ada ilmu yang wajib dikongsikan, saya khaskan laman ini.

Fokusnya memang tentang cinta, tetapi yang lebih nurani..yang lebih hakiki..yang lebih membumi..itulah ghayah pejuang..jika ada takungan air, harus dilimpahkan, jika tidak akan berkeladak, dihuni aedes, menyebar penyakit.

semoga bertemu lagi di kembara yang akan datang.

wildan said...

salam..mcm ner lah..dh jd satu kebiasaan pd diri saya tk bisa menerima pendapat seseorang tu bulat2 tnpa mengkaji lebih dlm..
ukhty"cinta" tu bkn kata kerja.."mencintai,dicintai,bercinta" tu memang kata kerja..he..he..

smoga sukses ya..

Post a Comment