RSS

Sunday, February 27, 2011

IF U TAK SANGGUP,DUN READ THIS!




 ANEKDOT 1 :
 Rupa-rupanya buka folder tiga empat tahun dulu ada cerita yang belum dikongsi dan terlupa sama ada kita yang tulis atau copy paste =)
tetapi saya suka mahu kongsi cerita ini di bawah

****************************
kenapa saya mahu kongsi? sila baca sebab-sebabnya di bawah ini :

1. Saya buka facebook 'ustaz-ustaz' dan 'ustazah-ustazah' yang saya kenal. Dengan tanpa akad nikah, mereka tanpa segan silu letak status in relationship with. Dan kelihatanlah di wall mereka " abang..sayang..suka..abang..rindu.."

2. Saya kesal, di samping rona-rona cinta mereka yang terpamer luas ini, masih dihias memo dakwah dengan kata-kata islami dan promo muzakarah, ta'lim, tazkirah, ceramah di wall yang sama. Memualkan penuh fitnah!

3. Saya lebih-lebih kesal, gejala ini turut membabitkan mereka yang sudah Hafiz Qur'an yang saya kenal dengan latar belakang pendidikan bumi kinanah, bumi para anbiya'. Di mana salahnya Al Qur'an yang telah membumi di dada?

4. Saya sudah tidak tahu ulang peringatan dengan cara bagaimana. kebetulan ada cerita ini yang nampak 'sempoi' tetapi mingkin inilah cara HIKMAH yang sesuai untuk mereka ini untuk ditunjukkan kembali jalan yang benar.

tetapi IF U TAK SANGGUP, DUN READ THIS :

Saturday, February 5, 2011

SAYA CARI LELAKI ITU





Apabila kaumku bertanya
siapakah pemuda sejati itu
aku khuatir yang dimaksudkan itu
adalah AKU
sedang aku belum siap untuk itu

-Hassan Al Banna-
Hisbah


Saya singgah sebentar tadi di bilik teman baik. Selalunya akan jadi teman baik. Petang ini cadangnya ingin berdiskusi tentang kerja kuliah yang disuakan pensyarah sebagai teman cuti pertengahan semester. Soalan yang maha sukar begini bukan boleh perasan sendiri buat seorang diri. Maka kami mengambil langkah selamat dengan berbincang dahulu. Walau nanti kalian akan tahu, bahawa yang kami bincangkan adalah terlampau menjangkau kerja kuliah.

Begini. Kita mulakan.

Wajah teman saya sedikit kusut. Fikirannya bagai tersangkut di puncak gunung entah di mana saya kira. Maka di sinilah bermulanya lencongan tajam daripada diskusi kerja kuliah ke diskusi maha rumit. Mengusutkan.

“ Kawan, kau tahu kan Pilihan Raya Kampus kita makin dekat. Sepatutnya aku perlu ke meeting untuk tentukan calon bertanding..Sudah berapa kali aku bolos..mereka pasti marahkan aku..”

Bicaranya dimatikan. ‘Pangkat’nya di kampus kami bukan calang-calang. Wajarlah dia gusar begitu.

“ Makanya? Kenapa kau tidak ke meeting saja?”

“ Aku buntu mahu calonkan siapa jadi Presiden kita, Imam yang kita percayai mengemudi mahasiswa kita..Kau punya calon untuk aku bawa ke atas?”