RSS

Monday, July 18, 2011

MEMO SEORANG PEJUANG

Allahyarham bersama bondanya yang tercinta
ASSALAMU'ALAIKUM
Saya tidaklah mengenali Allahyarham, hanya mengikuti lewat tulisan-tulisannya dan di beberapa laman blogger yang mengagumi peribadi Allahyarham itupun setelah Allahyarham telah meninggal dunia pada usia seawal 26 tahun. Nyatanya, beliau telah membuktikan kebenaran imannya dan pemergiannya dikenang sebagai seorang pejuang. Semoga Syahid inshaAllah...Saya kongsikan emel arwah kepada seorang sahabatnya yang saya temui di blog sahabatnya itu :
Assalamualaikum wbt. 
Sebelum saya mula berbicara panjang, ingin saya tegaskan terlebih dahulu bahawa segala kejayaan dan kegagalan yang kita kecapi adalah semuanya ketentuan Allah yang sudah tertulis di Lauh Mahfudz semenjak azali lagi. Segala usaha yang kita buat adalah ikhtiar di pihak kita, tetapi adalah menjadi sebahagian daripada tunjang keimanan kita untuk percaya bahawa Allah pemegang semua kesudahan.
“…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfudz)…” [Fatir : 11]
Saya mendapat inspirasi menulis warkah ini daripada perbualan YM dengan seorang sahabat yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman bagaimana saya melalui semua cabaran yang telah saya lalui sepanjang 10 bulan yang lalu. Beliau sendiri punya cabaran yang menanti dihadapannya kini dan saya doakan beliau hasanah di dunia dan di akhirat, insya Allah.
Lebih 10 bulan yang lalu, saya baru sahaja masuk ke tahun akhir perubatan dan bakal menduduki peperiksaan akhir bertulis (final written examination) pada 15 dan 16 Januari 2009. Peperiksaan ini adalah antara ujian terpenting kerana ia melibatkan kefahaman pelajar terhadap semua aspek klinikal dan pra-klinikal yang telah dipelajari sepanjang 5 tahun pengajian.
Semuanya bermula apabila saya telah disahkan doktor menghidap penyakit Hodgkin’s Lymphoma(sejenis kanser darah) pada awal Disember 2008. Oleh itu, saya perlu menjalani rawatanchemotherapy sebanyak 12 kali, pada kekerapan 2 minggu sekali, selama 6 bulan. Kesan paling signifikan daripada rawatan chemotherapy adalah kepenatan yang amat (extreme fatigue) dan loya (nausea). Simptom-simptom ini biasanya paling ketara pada minggu pertama selepas rawatan.
Saya bernasib baik kerana dibenarkan untuk meneruskan pengajian tetapi terpaksa ponteng sebanyak 5 hari untuk setiap selang seminggu apabila menerima rawatan. Ini bermaksud saya hanya dapat hadir ke setengah daripada jumlah masa yang diperuntukkan untuk clinical attachment.

Wednesday, July 6, 2011

CINTA ITU MILIK DIA

                         

Awas.

Tulisan ini adalah untuk mereka yang tidak cepat terbuai dan berangan-angan sehingga tugasan anda terbengkalai. Tetapi saya berpendapat tidak kurang kebaikannya jika anda mahu cuba membacanya.

“ Akak, macam mana kita nak mencintai seorang yang tak kenal, tak pernah tahu langsung diri dia, tup-tup nak kahwin dengan dia?”

Pastilah soalan ini bukannya datang dari seorang ikhwah atau seorang akhwat. Seronok sebenarnya bertemu dengan freshies yang baru memulakan langkah ke alam Universiti. Tahniah kepada Volunteer of IIUM Mosque yang tidak jemu menyajikan program-program kewanitaan demi mendekati siswi-siswi yang mencari-cari rentak hidup agar tidak terkandas dalam pilihan yang salah. Terima kasih juga kerana tidak jarang juga menjemput saya sebagai fasilitator bagi sesi LDK setelah selesai sesi ceramah.

Who is your Mr. Right? Begitu sekali umpan promosi program malam itu sehingga melimpah ruah mahasiswi memenuhi ruang dewan. Suasana yang jarang kita temui jika tajuknya adalah Qiyamullail terapi jiwa. Ah, sudah kita dapat ukur selera mahasiswi kita secara tidak langsung. Maka, itulah sesi LDK terpanjang dengan adik-adik freshies sehingga hampir 12 malam. Itupun setelah saya sendiri merayu agar diberhentikan sesi itu atas alasan:

 ‘Dik, akak kerja esok, nak kena drive balik rumah lagi’.
 Itupun setelah selesai tasbih kafarah, ada yang menyelit untuk personal session sesingkat setengah jam.

CERITA CERITA NIKAH

Kami namakan rumah sewa itu Zahratul Ikram. Bunga-bunga yang mulia. Harapnya begitulah. Seiring masa berjalan serta perubahan fasa umur, bunga-bunga itu sudah ada yang dipetik orang, tidak kurang juga yang diikat orang. Pastilah dengan ikatan ‘Mitsaaqan Ghalizho’ bererti ikatan yang kukuh penuh barakah dengan akad yang merubah segalanya.

Tuesday, June 28, 2011

BANYAK YANG HILANG DARI KITA




“ Mahu tak kita buat yahoogroup lagi?”

Sayalah orang yang paling tidak gemar dengan cadangan itu. Jika ada teman yang membuka inbox emel saya, sekarang ini saya ada 10002 unread emel gara-gara banyak sekali yahoogroup yang wajib saya sertai. Pernah suatu ketika, akhwat yang baik hati menawarkan dirinya untuk buatkan folder setiap satunya. Ah, saya jika kalian mahu tahu, tidak mahu tahu langsung hal ehwal mengemas kini emel. Jika diajar berkali-kali saya pura-pura beri perhatian tanda sungguh berterima kasih. Tetapi acap kali saya sengaja lupakan apa yang diajar dan inbox saya akan terus dibanjiri pelbagai emel penting.

Kawan, jika ada lagi jenis kerja yang boleh dijadikan kerjaya, maka saya tanpa ragu-ragu mahu mencadangkan, kerjaya membaca emel adalah satu kerjaya paling sibuk waktu ini. Dengan syarat, ada emel yang penting untuk dijawab dan direspon. Bayangkan kawan, ada cadangan yang perlu dibalas, ada soalan yang perlu dijawab, ada luahan yang perlu dimanjai, ada arahan yang perlu tindakan.. paling PENTING ada TAUJIH yang perlu dibaca baris per baris. Tidak boleh tertinggal satu huruf. Dalam hal ini kawan, ada satu yahoogroup yang saya utamakan senarainya sebagai tangga teratas untuk saya ambil peduli dahulu.

Tambahan,
Taujih ini bukan sekadar dibaca, kerja seterusnya adalah click copy untuk paste di sini. Bukan main sibuk rupanya kerjaya membaca emel ini kawan. Maka, satu emel ini berupa taujih bagai tujuh lapisan langit yang benar-benar menghempap diri saya. Tanpa belas penulis ini menerobos ruang hati dengan halilintar yang sabung menyabung.
Ayuh baca kawan, jangan sampai tertinggal satu huruf. Janji itu!

*************************************

Friday, June 24, 2011

DULU-DULU...





Buat para ikhwah akhwat
tidak salah andai kita duduk sejenak
mengimbau waktu dahulu
ya
waktu kau dan aku dahulu
dengan nyalaan semangat rijal ummah
sehingga waktu kita sering bersama
dari qiyamullail ke qiyamullail esoknya

ketika manisnya menongkah ujian
saat peperiksaan semester
saat cuti semester
dan kita terus berkumpul
bagai hidup kita sungguh untuk dakwah
kerana nikmatnya itu tiada bandingnya

ikhwah akhawat fillah
mungkin saja waktu ini kita bersama keluarga
mungkin saja waktu ini
kita berjaya di medan kerjaya
dengan harta yang tak disangka
mungkin juga lagi
kita sedang bercuti
bersama isteri atau suami tercinta
dan anak-anak penyejuk mata

itulah bahagian dunia kita
yang apabila kita telah memilihnya
maka tiada lagi bahagian kita di akhirat
kerana apabila kita telah menyangka
semua adalah ibadah
namun kita terlupa
ada nikmat yang telah Allah gantikan
tanpa sedar
dan kita terpedaya

moga TULISAN di bawah ini
dapat menggenangkan air mata
mampu menggentarkan hati
dapat menyalakan kembali
sumbu nikmatmu dahulu
yang telah terpadam

*****************************

KATA-KATA “SANG MURABBI” KH RAHMAT ABDULLAH
Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
 bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
 manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

Monday, June 20, 2011

CINTA KITA SAMPAI SYURGA





mahu atau tidak?
kita cinta sampai syurga
bukan sekadar dunia
mahu atau tidak?
kita bercinta sampai syurga
tiada yang menggantikan
antara kita
kerana cinta kita
CINTA SAMPAI SYURGA

Hidup bukan untuk main-main. Jauh lagi untuk suka-suka. Kerana bukan untuk  semua ini, hidup ini adalah kerja berat, kerja maha serius untuk kita ambil peduli. Pada apa, dari mana, ke mana, mahu apa dan bagaimana untuk hidup adalah persoalan yang perlukan jawapan.

Suatu hari di café Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya dan dia meliar menyeluruhi gelagat para peguam. Pakaian hitam putih dengan timbunan fail kes di tangan adalah symbol penuh elit dan eksklusif. Waktu itu saya sedang menanti dokumen kes saya difotostat. Urusan ke mahkamah adalah hal yang tidak digemari oleh mana-mana peguam. Aneh bukan. Kerana ia melibatkan masa yang terbuang hanya kerana birokrasi yang menyemakkan. Rimas. Sungguh rimas. Dari kaunter tingakt 1 ke Kaunter Tingkat 2. Kemudian di pas semula ke kaunter 1. Kaunter 1 kata Kaunter 3 pula. Paling akhir, pegawai cuti. Datang lagi nanti.

Atau mungkin kerana saya peguam pelatih. Maka inilah pengalaman yang perlu saya lalui. Tidak tahu kaunter mana yang tepat sehingga masa habis begitu sahaja. Dokumen tidak cukup. Perlu ‘copy’ lagi dan ia melibatkan proses menunggu fotostat yang bukan sekejap. Semua ini adalah normal untuk peguam pelatih. Agar dia dapat biasakan diri dengan ragam mahkamah. Bila sudah jadi peguam nanti, semua itu despatch yang buat. Bukan ppeguam lagi. Itulah nasihat dan pandangan teman-teman peguam pelatih yang lain.

Bukan saya tidak faham. Ketahuilah yang saya faham sangat semua itu. Cuma, saya begitu ‘calculative’ dengan masa saya. Tidak mahu terbuang begitu sahaja. Kerana mungkin pantang besar saya adalah menunggu, lambat dan tidak serius. Bukan ertinya saya tergesa-gesa, tetapi tidak mahu waktu berlalu tanpa manfaat apa-apa.

“ Atiqah, adakah akak akan habiskan masa seharian begini untuk tempoh 9 bulan? Itu minimum waktu?”

“Kenapa akak Tanya macam tu? Akak yang nak jadi peguam kan? Memang inilah cara hidupnya.

“ Awak tengok, adakah akak akan menjadi sebahagian daripada mereka, masa banyak berhabisan di mahkamah kerana proses yang memakan waktu?”

“ Maksud akak apa? Ada cara lainkah untuk elakkan semua ni?

“ entahlah Atiqah, entah sampai bila akak boleh hidup di dunia ni. Walau ia untuk 9 bulan. Ia adalah masa. Atau akak orang yang tidak sabar, mahu cepat semuanya. Maksud akak, bagaimana akak boleh maksimakan masa akak betul-betul bermanfaat untuk orang lain, untuk dakwah. Jika seharian akak deal dengan dokumen, menguruskan satu dua kes, adakah cukup manfaat waktu akak itu?”

“ Akak, selesaikan kes orang kan ibadah juga. Akak niatkan ibadah. Maka ia akan berpahala juga.”

“ Ya, akak maklum semua itu. Yang sangat akak kisahkan, akak tidak jumpa bagaimana akak boleh maksimakan masa akak sepanjang menjalani latihan guaman ini untuk dakwah.”

Mak Cik kedai fotostat sudah memanggil. Semuanya tergantung di situ dan kami harus berkejar ke kaunter lain. Entah betul atau tidak nantinya.

APA ERTINYA MENJADI AKHAWAT

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya

Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.
“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..


Wednesday, June 1, 2011

LELAKI YANG BAIK AGAMANYA





Lelaki yang baik agamanya
bukan pada ilmu merimbun
bukan pada dalil bertimbun
bukan pada jubah atau serban

lelaki yang baik agamanya
pada manusia penuh kasihan
pada alam penuh pedulian
pada jiwa penuh dermawan

lelaki yang baik agamanya
di mana kau bisa temukan
Dalam zaman penuh cabaran
melainkan iman bertemu iman



Oleh Yogie Edi Irawan
www.eramuslim.com

Malam itu, ia telah membuat suatu keputusan bersejarah dalam hidupnya. Saya sendiri yang telah menjadi saksi seorang pemuda yang meninggalkan indahnya malam minggu waktu itu, untuk hadir menghabiskan waktunya bersama kami dalam sebuah kumpulan. Ia sadar akan keputusan itu dan tahu bahwa resikonya ia harus berpisah dari kumpulan-kumpulan sebelumnya menuju kumpulan yang lebih baik dan abadi. Kumpulan di mana kami saling melempar senyum dan beruluk salam. Kumpulan dimana kami saling mengajak untuk beriman dan melakukan amal shalih. Kumpulan yang membuat seseorang bermetamorfosis menjadi mukmin yang shalih. Kumpulan dimana mukmin itu harus menjadi kupu-kupu dan mendistribusikan pesona kebaikannya ditengah umat. Kumpulan yang ia pilih itu adalah halaqah Islam.
Malam itu di mushola kecil, tepat tak jauh dibelakangnya berdiri sebuah pusat pembelanjaan termegah di kota Tangerang. Bagi seorang pemuda, malam itu sangatlah menggoda. Malam minggu dengan ritual-ritual jahiliyah modern yang diadakan di pusat perbelanjaan. Ditambah hiruk-pikuk kendaraan di mana muda-mudi yang bukan mahramnya berboncengan sambil berpelukan. Gadis-gadis cantik dengan pakaian balita hilir mudik dipinggir jalan. Tak jarang lewat didepan mushola kecil kami. Tapi itu semua, tak sedikitpun menyurutkan langkah kakinya ke mushola kami. Tak sedikitpun menggoda dirinya untuk bersama kumpulan-kumpulan yang hanya membunuh waktu dan melumuri dirinya dengan maksiat.
Ia duduk bersama kami dalam lingkaran. Mengenalkan dirinya. Dan ia mengutarakan maksud dan tujuannya, “Saya ingin hijrah!”. Itu saja. Pendek, ringkas dan jelas. Kata-kata itu kelak menjadi isyarat bahwa dirinya harus berubah menjadi pribadi yang lebih baik dengan berkomitmen kepada Islam. Dan itu terbukti di hari-hari selanjutnya ia menjadi orang yang selalu hadir tepat waktu dalam kumpulan kami dan tak pernah ia tak hadir tanpa alasan syar’i. Itu menandakan tekadnya yang membaja untuk berubah
Saya masih ingat, ketika ia pertama kali membaca Al-Qur’an. Terbata-bata dan sedikit di eja. Tapi tak sedikitpun melumpuhkan tekadnya untuk terus belajar. Saya juga masih ingat kalau ia berusaha menahan untuk tidak merokok di hadapan kami karena ia malu melihat kami tak ada yang merokok. Pernah suatu hari ia bercerita bahwa ia memiliki seorang pacar, tapi ia tak berani mengambil keputusan untuk segera menikah atau mengakhiri hubungan haramnya itu.
Dan hari-hari itu terus berjalan. Ia menjadi orang yang pertama. Pertama hadir dalam halaqah. Pertama bergerak dalam setiap agenda-agenda dakwah. Pertama yang meringankan tangannya diantara kami yang mengalami kesusahan. Dan di hari-hari berjalan itu juga ia sudah mulai lancar membaca Al-Qur’an. Bahkan hafalannya pun mulai bertambah. Dan ia juga bercerita, bahwa kebiasaannya berkumpul dengan kami membuat ia terbiasa untuk tidak merokok. Perlahan ia akhirnya berhenti merokok. Dengan bertambahnya ilmu dan iman, tanpa perlu di antara kami menegurnya, ia mengakhiri hubungan haramnya dengan sang pacar.