Dewan graduasi seperti peti beku bagi saya. Dinginnya mencucuk-cucuk sampai ke tulang belulang tanpa belas. Saya mematah-matahkan jemari yang sangat lenguh setelah 3 jam menulis tanpa henti. Hanya mendongak beberapa kali demi melihat jam yang berbaki. Setelah kertas jawapan dikutip, saya menangguh gerak apabila melihatkan teman di hadapan yang berstatus adik seperti gelisah. Wajahnya pucat tanpa darah dengan mata sembap mungkin tidak cukup tidur atau semalaman berendam ai mata. Barangkali!
Saya menegur. Dia bukan teman jauh-jauh tetapi agak dekat dengan kehidupan saya. Kepedulian ini lebih-lebih meluap.
Saya menegur. Dia bukan teman jauh-jauh tetapi agak dekat dengan kehidupan saya. Kepedulian ini lebih-lebih meluap.
“ Nur, Nur Ok?” Dia menoleh. Suasana khali. Sunyi. Hanya tinggal matanya yang sedang berbicara.
“ Ok kak, cuma tak dapat fokus sangat kali ini.”
“ Sakit? Atau ada apa-apa masalah?” Saya seakan tidak sabar.Sepertinya bukan masalah biasa. Hanya menduga.
Dia diam lagi. Gerak bibirnya beberapa kali dimatikan. Hampa apabila gelengan yang kerap saya terima. Jemarinya saya genggam dan mata saya terus menggeledah kejujuran di matanya.
“ Akak, saya..saya..akak janji dulu ini cerita antara kita.” Saya sudah agak. Riak di wajah terkecuali jika mahu berselindung.
“ Tunang saya..yang di Mesir tu..” Belum sempat dia menghabiskan ayat, saya memintas.
“ Jap, jangan kata putus?” Saya betul-betul meneka dalam yakin. Tidak tahu kenapa sampai ke situ telahan saya.
“ Ya kak, hanya dengan satu SMS dan tiada panggilan yang bersambut bila kami semua menuntut sebabnya.”


